Sesetengah Masyaikh ada yang di tanya tentang "MUHIB"
( Orang yang Mencintai Allah )... Maka dia menjawab iaitu:-
# Sedikit Bergaul
# Banyak Menyendiri
# Selalu Berfikir
# Banyak Diam
# Tidak Melihat Ketika Memandang
# Tidak Mendengar Ketika Dimanggil
# Tidak Faham Ketika Diajak Berbicara
# Tidak Berduka Bila Ditimpa Bencana
# Ketika Ditimpa Kelaparan dia Tidak Mengerti
# Ditimpa Telanjang Tidak Merasa
# Bila Dibentak Tidak Takut
Kesimpulannya:-
" dia selalu memandang kepada Allah dalam penyendiriannya. Dia suka bermunajat
kepada-Nya serta tidak memperduli ahli dunia".......

SEJARAH SEKOLAH
- Sekolah Agama Ldg Ulu Remis
- Kluang, Johor, Malaysia
- Ditubuhkan pada 3 Januari 1960. Kedudukan asal sekolah ini adalah menumpang di Sekolah Kebangsaan Ladang Ulu Remis dan pada tahun 1993, sekolah ini telah mendapat satu tempat berasingan iaitu kedudukannya bersebelahan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Ulu Remis. Diawal penubuhan, sekolah ini mempunyai 40 orang murid dan seorang guru dengan jumlah 2 buah kelas. Pada 2001, sekolah ini telah dibaik pulih atas jasa baik Pengurus Ladang, Tuan Abdullah Zawawi yang menelan belanja sbanyak RM3000. Pada tahun tersebut, jumlah pelajar bertambah seramai 75 orang di dalam 4 aliran kelas iaitu darjah 1 hingga darjah 4 Pada tahun 2003, Badan Kebajikan Sekolah telah menyumbangkan sebanyak RM 900.00 bagi menambah prasrana kelengkapan sekolah yang kini membezakan bangunan ini dengan bangunan asal ( Pusat Jagaan Kanak-Kanak Sekolah mempunyai satu bangunan utama terdiri daripada :- -3 bilik darjah -2 buah tandas -Tempat Wudhu’ -Bilik Solat -Garaj Kenderaan -Bilik Guru.
No comments:
Post a Comment