SEJARAH SEKOLAH

Kluang, Johor, Malaysia
Ditubuhkan pada 3 Januari 1960. Kedudukan asal sekolah ini adalah menumpang di Sekolah Kebangsaan Ladang Ulu Remis dan pada tahun 1993, sekolah ini telah mendapat satu tempat berasingan iaitu kedudukannya bersebelahan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Ulu Remis. Diawal penubuhan, sekolah ini mempunyai 40 orang murid dan seorang guru dengan jumlah 2 buah kelas. Pada 2001, sekolah ini telah dibaik pulih atas jasa baik Pengurus Ladang, Tuan Abdullah Zawawi yang menelan belanja sbanyak RM3000. Pada tahun tersebut, jumlah pelajar bertambah seramai 75 orang di dalam 4 aliran kelas iaitu darjah 1 hingga darjah 4 Pada tahun 2003, Badan Kebajikan Sekolah telah menyumbangkan sebanyak RM 900.00 bagi menambah prasrana kelengkapan sekolah yang kini membezakan bangunan ini dengan bangunan asal ( Pusat Jagaan Kanak-Kanak Sekolah mempunyai satu bangunan utama terdiri daripada :- -3 bilik darjah -2 buah tandas -Tempat Wudhu’ -Bilik Solat -Garaj Kenderaan -Bilik Guru.

Thursday, July 29, 2010


No comments:

Post a Comment